Antara lain kelebihan wanita berbanding lelaki ialah :
- Wanita sering terselamat daripada kemalangan. Agak menyedihkan tetapi inilah kebenaran. Lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak 77% berbanding wanita. Itu adalah antara kajian yang dilakukan oleh Carnegie Mellon University
- Wanita merupakan penenang. Kajian keatas 2000 orang menunjukkan bahawa, majoriti lebih suka menceritakan masalah kepada perempuan tentang apa yang mereka hadapi.
- Wanita lebih kekal dalam kerjaya.
- Kecemerlangan akademik. Ramai yang sedia maklum, lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Lebih sihat. Bancian oleh University of Minnesota keatas 14000 orang mendapati, wanita lebih gemar memakan sesuatu yang menyihatkan berbanding lelaki.
- Sistem imunisasi yang lebih kuat. Tidak hairanlah lelaki lebih bersifat keanak-anakan apabila mendapat demam. Semuanya kerana estrogen. Ia merupakan senjata untuk melawan infeksi bakteria dan virus.
- Hidup lebih lama. Oleh kerana wanita menjaga pemakanan dan sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan, maka jangkahayat wanita juga lebih panjang.
- Lebih layak menjadi pengurus. Bunyi agak sedikit kontroversi. Tetapi pakar-pakar mengesahkan, wanita merupakan pendengar yang setia, mentor dan penyelesai masalah. Malah mereka juga boleh menyelesaikan pelbagai tugas pada satu masa.
- Bijak berbelanja dan melabur. Tidak dinafikan, sebanyak 100,000 portfolio menunjukkan wanita memperolehi keuntungan antara 11 hingga 18 peratus lebih, berbanding lelaki apabila melabur. Ini kerana mereka lebih berhati-hati dan sentiasa memikirkan baik-buruk dalam jangkamasa panjang sesuatu pelaburan yang dibuat.

No comments:
Post a Comment