AddThis

Friday, June 25, 2010

Ambil Kesempatan Atas Pertolongan.


Ada sesetengah antara kita ini jenis yang suka menolong orang tanpa mengira balasan yang akan diterima. Tetapi ada juga sesetengah antara kita ni yang mengambil kesempatan atas pertolongan orang lain. Aku paling menyampah dengan orang macam ini.

Sini aku nak bercakap tentang tolong-menolong, bantu-membantu dalam konteks alam pekerjaan.
Contohnya dalam sesuatu proses kerja itu anda telah ditugaskan untuk melakukan kerja A, B, dan si polan akan melakukan kerja C, D. Memandangkan anda adalah orang yang ringan tulang dan suka bantu membantu, anda pun menolong si polan untuk melakukan kerja C dan D supaya kerja yang dilakukan bersama dapat disiapkan awal.

Masalahnya bila anda sudah mula menolong si polan melakukan kerja C,D, untuk satu tempoh yang lama, si polan mula lepas tangan. Membiarkan anda melakukan kerja-kerja tersebut. So dalam proses kerja itu anda terpaksa melakukan keseluruhan kerja dari A-D. Tugas si polan terpaksa anda sempurnakan. Tujuan awal, membantu sedikit agar kerja dapat diselesaikan awal. Si polan mula lepas tangan dan menganggap semua tugas itu anda yang perlu selesaikan.
Pernah mengalami atau sedang mengalami masalah seperti itu di tempat kerja?
Sebelum terjadi perkara seperti itu eloklah anda hindari terlebih dahulu. Berikut adalah beberapa kaedah yang aku rasakan amat sesuai untuk mengelak dari ‘terkena’ akibat kebaikan yang kita lakukan
Memilih orang yang ingin ditolong.
Cara paling mudah untuk menghindari daripada perkara itu berlaku. Jangan menolong sebarangan orang. Sudah tentu anda mengenali semua kakitangan ditempat kerja anda dan sudah tentu anda faham cara mereka bekerja. Menolong hanya kepada mereka yang tahu mengenang budi. Memang betul kita perlu menolong orang yang memerlukan bantuan, tapi kalau bantuan yang dihulurkan akan menyusahkan diri sendiri di kemudian hari, tidak ada gunanya.
Katakan tidak.
Jika anda pernah menolong si polan melakukan kerja sebelum ini. Katakan tidak untuk kali kedua jika anda diminta menolong sekali lagi. Cipta sebarang alasan supaya anda tidak melakukan kerja-kerjanya. Dia mula merasa selesa atas pertolongan pertama anda dan ingin anda menolongnya sekali lagi. Jika anda menolongnya lagi, tidak mustahil untuk dia meminta pertolongan kali ketiga.
Tidak melakukan semua kerja.
Jika anda tidak dapat menolak permintaanya. Anda hanya perlu membantu sebahagian sahaja kerja yang dilakukan. Tidak perlu untuk mengambil semua tugas si polan. Pilih kerja yang paling minima risikonya, risiko untuk anda dipersalahkan jika terjadi sesuatu semasa proses kerja tersebut. Jika terjadi sesuatu, anda mempunyai peluang untuk tidak dipersalahkan sepenuhnya, kerana anda hanya membantu tugas-tugas kecil.
Memberi bantuan dengan syarat.
Jika anda tidak boleh menolak. Beritahu si polan anda perlu menyempurnakan terlebih dahulu kerja anda, dan setelah selesai baru anda dapat membantunya. Anda juga boleh meminta si polan agar melakukan sebahagian kerja anda terlebih dahulu.
Jangan ambil tahu.
Jangan ambil tahu tentang kerja orang lain. Siapkan saja kerja anda dan tidak ambil tahu hal orang lain.

Sumber : http://www.azwananuar.com/

No comments:

Post a Comment